Wednesday, March 18, 2015

hidup di bandar jarang sekali kita dapat merasa dan mengalami adat tradisi persiapan perkahwinan di mana para jiran penduduk bersama-sama bergotong royong dan berewang menyediakan juadah santapan pengantin dan para tetamu yang akan hadir memeriahkan majlis perkahwinan. Walaupun letih dan berpanas tetapi tetap lebih bermakna dan merapatkan lagi hubungan sesama jiran tetangga dan saudara mara. Walaupun majlis saya nanti pakai katering sahaja tetapi saya mohon para saudara, ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dapat hadir memeriahkan majlis saya dan berkenalan dgn lebih akrab lagi. Mahupun jauh atau dekat, yang akrab mahupun yang baru sahaja berkenalan, tidak kira bangsa dan umur. Insyaallah saya akan cuba yang terbaik untuk menghiburkan anda semua. #selimuttetangga #rewang #malaysia #tradisimelayu #adatperkahwinan #perkahwinan #malayweddingguide #wedding #bulanpht #weddingphotographerservice #majlisperkahwinan #photomalaysia #malaysia #heritage #malaysiatanahairku #savemyheritage by bulanmka



via Instagram http://ift.tt/1FBjsZk

No comments:

Post a Comment